Sejarah Penubuhan (sejak 2005)

IMAN CARE CENTRES (IMAN CC) bermula pada 1.1.2005 dengan sebuah kelas, seorang guru, Ustazah Fariza Ibrahim dan 5 orang murid bertempat di Surau Al-Muallimin, Taman Guru Melayu, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau bersama-sama suaminya, Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah merupakan pengasas IMAN CC yang bermatlamatkan membina generasi Islam yang cemerlang di masa depan.

Foto bersejarah menunjukkan kelas pertama IMAN CC mengandungi seorang guru dan empat orang murid yang menumpang sebuah kelas di Surau Al-Muallimin, Taman Guru Melayu, Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Guru tersebut ialah pengasas IMAN CC sendiri, Ustazah Hajjah Fariza Ibrahim, manakala dua orang dari empat murid perintis ialah anak beliau sendiri, Sarah Abdul Halim (kiri sekali), Nurul Islam Abdul Halim (dua dari kiri), ….

IMAN CARE CENTRES mula beroperasi di premis resmi pada 1 Januari 2007 sebagai sebuah Tadika Islam di Jalan 9, Taman Tuanku Jaafar (Fasa 3), Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan. Ketika itu IMAN CC mempunyai 12 orang murid dan 3 orang guru.

IMAN CC yang pertama dan mula beroperasi pada 1.1.2007. Ia terletak di sebuah rumah yang disewa beralamat 141, Jalan TTJS 3/9, Taman Tuanku Jaafar (Fasa 03), Seremban, Negeri Sembilan.

Diantara murid-murid dan kakitangan yang pertama pada tahun 2007.

Belajar mengerjakan solat dengan sempurna merupakan salah satu sukatan pelajaran yang terpenting di IMAN CC. (Foto 2007).

Sabda Rasulullah saw, “Orang yang paling baik dikalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya (kepada orang lain)”. Belajar membaca Al-Quran diselangi dengan nasihat guru kepada murid menggunakan ayat-ayat Al-Quran adalah salah satu sukatan pelajaran IMAN CC yang terpenting.

Selepas itu pada 1.1.2008, IMAN CC berpindah ke lokasi baru yang berhampiran di dua buah rumah beralamat

  • No. 2, Jalan TTJS 6D, Taman Tuanku Jaafar (premis TASKA IMAN CC), dan
  • No. 171, Jalan TTJS 3/6, Taman Tuanku Jaafar (premis TADIKA IMAN CC, TRANSIT IMAN CC dan KAFA Plus IMAN CC).

Berfoto diakhir Hari Keluarga IMAN-CC 2010. IMAN-CC kini mempunyai lebih dari 20 orang guru dan kakitangan.

Sekian, terima kasih.

IMAN CARE CENTRES

Sedang membuat rak-rak bagi IMAN-CC.

Mmebuat rak beg-beg bagi IMAN-CC TTJ.

Bagi menampung bilangan murid yang semakin bertambah, 4 bilik air dan 1 dapur dibuat di belakang IMAN-CC.

4 bilik air dan tandas yang ditambah, 2 buah untuk murid lelaki dan 2 buah untuk murid perempuan.

Ibu pejabat IMAN-CC sedang dalam pembinaan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: