Child Centres

IMAN Child Care(IMAN CC) bermula dengan penubuhan Tadika IMAN dan Taska IMAN di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan pada 1 Januari 2008. Ia kemudiannya berkembang kepada penubuhan IMAN CC di cawangan-cawangan ang lain.

IMAN Child Centres mempunyai produk-produk seperti berikut :

  1. Taska IMAN (untuk kanak-kanak berumur dari 6 bulan ke 4 tahun).
  2. Tadika IMAN (untuk kanak-kanak dari 4 tahun ke 6 tahun).
  3. KAFA Plus (untuk kanak-kanak 7 tahun ke 12 tahun).
  4. Transit / Daycare (untuk kanak-kanak 7 tahun ke 12 tahun).
  5. Tusyen (untuk pelajar-pelajar dari 7 tahun ke 17 tahun).

Sehingga hari ini, IMAN CC mempunyai cawangan-cawangan seperti berikut :

SEREMBAN

  1. IMAN CC Taman Tuanku Jaafar, Seremban, NS.
  2. IMAN CC Taman Cengal Utama, Seremban, NS.
  3. IMAN CC Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Taman Anggerik, Nilai, Seremban, NS.
  4. IMAN CC Taman Bandar Senawang, Seremban, NS.
  5. IMAN CC Seremban Putra, Sikamat, Seremban, NS.

PORT DICKSON

  1. IMAN CC Taman Intan Duyung, Batu 3, Port Dickson, NS.

KUALA PILAH

  1. IMAN CC

27 Respons

  1. boleh bagi alamat taska di tmn cempaka dan tmn bandar senawang, seremban.
    anak asaya umur dua tahun, adakah taska ni guna english medium.
    tq.

    • Taska di Taman Cempaka masih dalam pembinaan. Taska di Taman Bandar Senawang ialah di Jalan d’Belsa 4, Taman Bandar Senawang. Taska ini guna English dan Malay medium. Juga dengan asas Arabic. Sila hubungi Guru Besar, Ustazah Fariza Ibrahim, B.App.Sc (Queensland University of Technology, Australia), B.A.IV Syariah (University Al-Azhar, Kaherah) 012 – 659 0000. Tkasih.

  2. Anak saya berumur 5 tahun pada tahun hadapan 2011..sekrg ni saya hantar anak ke rumah ibu bapa di taman tasik jaya, senawang..

    Jika saya berminat untuk hantar anak ke Tadika Iman di Taman bandar senawang, adakah tadika ini menyediakan pengangkutan utk ambil & hantar anak saya di taman tasik jaya?

  3. assalamualaikum
    bayi bawah umur 6 bln terima tak? berapa bayaran untuk kanak-kanak bawah 4 thn?

  4. Salam,
    apa alamat penuh taska Intan duyung dan nombornya?
    Terima kasih

  5. Assalamualaikum

    saya nak tanya, IMAN CC USIM Nilai ada tak taska utk 2bln-4 thn? boleh saya tahu alamat lengkap taska?

    terima kasih

  6. assalamualaikum..boleh tau.. taska di USIM bila akan beroperasi?

    • Waalaikumsalam wr wb.

      Taska di USIM sedang dalam rennovation dan hampir selesai. Hanya tinggal cat sahaja lagi yang akan disiapkan selepas cuti Hari Raya ini. Insyaallah ia akan dibuka sebelum penghujung tahun ini. Doakan bersama-sama.

      Ustazah Fariza 012 – 659 0000.

      IMAN CC
      “Membina Generasi Harapan”.

  7. salam,
    ingin tahu waktu operasi iman cc

  8. Assalamualaikum.

    saya dah cuba call ustazah fariza beberapa kali tapi tak berjawab. boleh saya tau masa yg sesuai utk saya hubungi?

    kalau boleh saya ingin tahu alamat imancc usim, nilai dan bila mula beroperasi.

    terima kasih.

    • Waalaikumsalam wr wb

      Tadika IMAN & Taska IMAN sedang di rennovate dan hampir siap. Insyaallah akan mula beroperasi Dis 2010/Jan 2011 ini. Sila hubungi saya 012-659 0000 (Ustazah Fariza). Tkasih.

  9. Assalamualaikum,

    Boleh saya tahu sama ada Iman CC Tmn Bkit Sendayan sudah mula beroperasi atau belum.Saya ingin menghantar anak saya yang berusia setahun pada tahun hadapan..

    • Waalaikumsalam wr wb

      Kita akan membuat keputusan dalam masa terdekat untuk membuka IMAN-CC Taman Bukit Sendayan atau tidak. Mohon hubungi saya 012-659 0000 (Ustazah Fariza). Tkasih.

    • Waalaikumsalam wr wb

      Premis Tadika IMAN-CC telah siap, cuma keputusan samada ia akan mula operasi tahun 2011 masih belum dapat dibuat hingga kini, bergantung kepada beberapa persiapan terutama latihan guru baru dan sebagainya. Mohon no tel puan untuk kami hubungi bagi sebarang perkembangan. Tkasih. Ustazah Fariza 012-659 0000.

  10. a’kum

    saya nak dapatkan maklumat berkenaan dengan Iman CC di daerah kuala pilah

  11. asSalam..

    Boleh bagi no ctc yang lain yg boleh dihubungi. Saya dah banyak kali call ustazah Fariza tapi tak dpt.

  12. salam ..
    kami dari kolej uniti ingin membuat 1 observation sekolah ini
    boleh dapatkan alamat dan pengusaha tadika ?

  13. Assalamualaikum…tadika iman cc di nilai tu dah beroperasi ke belum ye? Sya cdg nak htr anak slps raya nanti insyaAllah

  14. assalamualaikum

    saya pelajar dari universiti selangor, saya berminat untuk membuat kajian diatas tadika iman cc ini. ini adalah kerana saya rasa tadika ini mempunyai pengurusan yang sangat bagus. saya ingin bertanya bolehkah saya membuat kajian diatas tadika ini?

Tinggalkan Jawapan kepada Ustaz Halim Batal balasan