Hari Keluarga & Sukaneka IMAN 2010 meriah

Pagi tadi Sabtu 1 Mei 2010 (Cuti Hari Buruh), kira-kira 200 guru, ibu bapa dan murid IMAN-CC menghadiri Hari Keluarga dan Sukaneka (HKS) di pantai Port Dickson, Seremban, NS. Samutan disambut meriah dengan acara-acara sukaneka murid-murid, acara keluarga dan acara bapa. Program juga diselangi dengan ucapan Pengerusi Eksekutif IMAN-CC, Ustaz Haji Ir. Abdul Halim Abdullah dan diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada peserta-peserta.

Hadiah-hadiah yang menanti peserta yang bernasib baik. Kelihatan Guru Besar IMAN-CC, Ustazah Hajjah Fariza Ibrahim (bertudung putih dan baju kelabu) di belakang.

Murid-murid sedang warm-up berpandukan guru sebelum acara dimulakan.

Salah satu acara. Murid dibantu oleh guru dengan penuh tunjuk ajar dan kasih sayang.

 

 

Acara keluarga mengeratkan lagi ikatan dan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Acara bapa. Apa lagi, bolasepaak pantai la. Nampak ramai bapa yang berbakat, mungkin sejak zaman muda-muda dulu ada yang school, district atau state player.

 

Sedikit ucapan dari Pengerusi IMAN-CC, Ustaz Halim.

 

 

 

 

Tujuan HKS diadakan dijelaskan oleh Ustaz Halim seperti berikut :

  1. Memberi suasana pembelajaran dan pergaulan yang berbeza dari kelas-kelas harian murid, terutama dalam berinteraksi dengan guru-guru. Ini akan menaikkan minat mereka untuk belajar dan bergaul lebih mesra dengan guru di kelas nanti.
  2. Mewujudkan suasana harmoni dan kenal mengenal dikalangan ibu bapa, guru dan murid. Merasakan bahawa IMAN-CC adalah suatu keluarga yang besar, ke arah mendidik anak-anak menjadi warganegara yang berguna dan progressif.
  3. Menanam sifat kasih sayang diantara ibu bapa dan murid, serta diantara guru dan murid.

Semoga guru-guru, ibu bapa dan murid bertemu kembali di Hari Keluarga & Sukaneka di tahun-tahun akan datang, insyaAllah.

IMAN CHILD CENTRES

Where early lives start with excellence.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: