Malam Khatam Quran, Israk Mikraj & Menyambut Awal Ramadan disambut meriah

P1040082

Pada 13/8/2009 yang lalu IMAN Child Care telah membuat sambutan serentak Malam Israk Mikraj, Menyambut Ramadan dan meraikan 3 orang murid yang khatam Al-Quran. Majlis sambutan dimeriahkan dengan kehadiran 100 orang murid dan ibu bapa.

Aturcara dimulakan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan murid lelaki, kemudian oleh kumpulan murid perempuan. Setelah majlis Khatam Al-Quran berlangsung, Pengerusi Lembaga Pengarah IMAN CC, Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah telah menyampaikan ceramah kepada ibu bapa bertajuk “Bagaimana Kita dan Anak-anak Memeriahkan Ramadan”.

P1040081

Persembahan nasyid oleh murid-murid lelaki Tadika IMAN CC.

P1040091

Pengerusi IMAN CC, Ustaz Haji Abdul Halim bersama 3 murid IMAN CC di majlis Khatam Al-Quran dan sejurus selepas itu membaca Doa Khatam Al-Quran dan diaminkan oleh kesemua para hadirin hadirat.

P1040076

Bunga Telur majlis Khatam Al-Quran dibahagikan kepada kesemua murid-murid untuk memberi semangat kepada mereka membaca Al-Quran di tadika dan di rumah, sebagai mencontohi 3 kawan mereka yang diraikan pada malam tersebut.

P1040089

Sebahagian ibu bapa yang turut hadir.

P1040106

Majlis disudahi dengan jamuan yang disediakan oleh pihak IMAN CC dan sumbangan dari ibu bapa yang hadir.

Insyaallah, memandangkan sambutan dan pengajarannya kepada murid-murid dan para ibu bapa, majlis-majlis seumpama ini, terutama sempena Hari-hari Kebesaran Islam, akan diadakan disepanjang tahun seperti ianya telah berlangsung pada tahun lalu.

Berikut adalah foto-foto di sepanjang majlis berkenaan :

P1040094

Diakhir Khatam Al-Quran, Pengerusi IMAN CC, Ustaz Halim membacakan Doa Khatam Al-Quran (Allahummar hamna bil Quran .. Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran).

P1040096

Guru Besar IMAN CC, Ustazah Hajjah Fariza (kanan) dan Cikgu Tati.

P1040097

Tiga orang murid yang dirai dalam majlis Khatam Al-Quran pada bulan ini. Mereka dirai agar menjadi contoh kepada murid-murid IMAN CC yang lain.

P1040099

Sebahagian murid turut mengaminkan doa Khatam Quran. Semoga mereka menjadi Generasi Al-Quran yang memahami dan mengamalkan kandungannya.

P1040098

Sebahagian kaum ibu yang turut hadir.

P1040102

Penyampaian hadiah kepada murid dan penjaganya sempena Khatam Al-Quran. Moga menjadi contoh dan peransang kepada murid-murid dan ibu bapa yang lain.

P1040101

P1040114

P1040111

 

 

P1040116

P1040117

P1040113

P1040125

Diakhir majlis, para hadirin hadirat menjamu selera sambil berkenalan dan beramah mesra sesama mereka.

P1040122

Ustaz Halim bersama tetamu jemputan Ustaz Rahman Muda yang turut hadir.

P1040118

P1040124

Pemandangan di luar Tadika IMAN CC, Tasek Jaya semasa jamuan ringan.

Sekian, terima kasih.

Unit Media IMAN CC.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: