Kerajaan tubuh pusat warga emas berbayar

Pusat jagaan warga emas berbayar

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my
 

Shahrizat Abdul Jalil bermesra dengan penerima anugerah kecemerlangan di dalam perkhidmatan, Hasnah Sambas (dua dari kiri) di Cheras, semalam.

 

 


KUALA LUMPUR 16 Dis. – Sebuah pusat sehenti penjagaan warga emas berbayar akan diwujudkan di Rumah Seri Kenangan, Cheras pada Februari tahun depan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, perkhidmatan itu disediakan untuk orang ramai yang memerlukan bantuan penjagaan ibu bapa bagi tempoh tertentu.

Menurutnya, pusat tersebut diwujudkan berikutan permintaan tinggi daripada orang ramai yang sanggup membayar untuk menghantar ibu bapa ke pusat penjagaan supaya mereka tidak bersendirian di rumah ketika anak-anak bekerja.

“Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, adalah lebih baik mereka ditinggalkan sementara di pusat sehenti di Rumah Seri Kenangan. Bayaran akan dikenakan mengikut kadar tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Warga Emas Peringkat Kebangsaan 2010 bertemakan Sihat, Ceria, Aktif: Warga Emas Produktif dan Majlis Pembukaan Semula Rumah Seri Kenangan, Cheras, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid.

Sementara itu, Shahrizat memberitahu, kementeriannya akan menggubal dasar warga emas (DWEN) dan pelan tindakan dasar warga emas negara bagi menggantikan dasar warga tua negara dan pelan tindakannya.

Kata beliau, perbincangan lanjut mengenai penggubalan dasar itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada minggu pertama tahun depan.

Terdahulu, pada majlis itu, Shahrizat, bagi pihak JKM, menerima empat buah ambulans khas untuk Rumah Seri Kenangan di Seremban, Johor, Perak dan Kedah.

2 Respons

  1. Kementerian Pelancongan Malaysia berusaha untuk menarik ramai orang asing untuk program Malaysia My Second Home.
    Saya pikir Rumah Warga Emas berbayar akan menarik minat orang asing kerana di Eropa atau Amerika rumah semacam ini sangat mahal. Ditambah lagi dengan keramahan orang Malaysia terhadap warga emas

    • Terima kasih atas info tuan yg sangat berguna. Saya akan memikirkannya secara serius. Apatah lagi saya pernah belajar di Australia selama 5 tahun dan boleh memahami keadaan tersebut. Tkasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: