Hari Konvo IMAN-CC 2011 disambut meriah

Sebahagian ibu bapa yang menghadiri Hari Konvo IMAN-CC 2011

Setelah setahun dididik di Pusat-pusat Kanak-kanak IMAN-CC, kini tibalah Hari Konvokesyen yang ditunggu-tunggu oleh setiap murid, ibu bapa dan guru. Hari Konvo pada tahun ini adalh unik kerana diadakan ditengah-tengah kompleks membeli belah Terminal 2, Seremban. Ia mengambil tempat di tingkat 1 selantai dan berhadapan dengan pusat membeli belah Mydin.

Kedatangan ibu bapa pada Hari Konvo tahun ini adalah sangat memberansangkan. Ia merupakan kedatangan tertinggi yang tercatat sejak IMAN-CC ditubuhkan pada tahun 2007. Ini merupakan satu perkembangan baik dan menjadi pendorong kepada kemajuan IMAN-CC, khususnya perkembangan positif anak-anak yang dididik di pusat-pusat ini.

Aturcara majlis adalah termasuk ucapan alu-aluan pengacara majlis, ucapan Pengerusi Eksekutif IMAN-CC, Us Abd Halim Abdullah, persembahan berbagai oleh anak-anak, acara penyampaian hadiah cemerlang kepada muris-murid, hadiah cemerlang kepada guru-guru IMAN-CC, pertandingan kebersihan dan keceriaan antara pusat-pusat IMAN-CC, cabutan bertuah untuk ibu bapa penjaga dan sebagainya.

Hingga bertemu di Hari Konvo 2012 tahun depan, insyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah, B.Engineering (Queensland), B.A. Peng Islan & B Arab (Al-Azhar), Pengerusi IMAN-CC

.

.

.

.

.

Berikut adalah foto-foto Hari Konvo IMAN-CC 2011 :

Ucapan pengacara majlis, Nurul Islam di hadapan para hadirin terdiri dari para ibu bapa dan penjaga. Bilangan ibu bapa ketik aini belum sampai ke kemuncak.

Suasana ruang Hari Konvo dan pentas pertunjukan.

Ucapan Pengerusi IMAN-CC, Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah

Persembahan murid-murid Tadika IMAN-CC. Tema pakaian mereka pada Hari Konvo tahun ini adalah pakaian ala-Arab.

Sebahagian dari ibu bapa yang hadir.

Sebahagian dari hadiah-hadiah yang akan disampaikan kepada murid, guru, ibubapa dan pusat-pusat IMAN-CC.

 

 

 

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.